Saya telah menempohi peperiksaan yang paling besar sepanjang persekolahan saya di sekolah rendah iaitu UPSR.....Saat yang dinanti telah tiba..tarikh 19 Nov 2009 merupakan hari yang paling gementar dlm hidupku iaitu hari keputusan peperiksaan UPSR diumumkan .Pada hari itu ramai murid yang ketakutan isyh.. cikgu meminta murid-2 ke dewan .saya rasa nak terkeluar jantung rasanya .Sebelum itu saya sempat buat solat hajat bersama rakan karib ( Afiq Aiman, Amir,Hafizzuddin ) di surau sekolah...Tepat pukul 12.00 tengahri, GPK1 mengumumkan keputusan UPSR. Pada tahun ini seramai 33 orang pelajar telah mendapat 5A.pada mulanya cikgu mengumumkan murid yang mendapat 4A.seramai 17 org dipanggil keluar dan yang paling sedih ialah seorg pelajar iaitu kawan saya bernama samsusyazwan menangis sebak kerana x mendapat 5a...pastu cikgu umumkan pelajar 5A ..degan tiba-tibanya nama saya diumumkan memperolehi 5A ..sungguh terharu dan gembira. Tambahan pula apabila melihat ibu menangis keriangan...Aku bersyukur dengan kejayaan ini..